Thursday, June 9, 2011

Kejohanan Futsal Antara Pelajar Tingkatan Enam Atas Sesi 2011

Persatuan Sukan dan Permainan Futsal Tingkatan Enam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA

KERTAS KERJA : Kejohanan Futsal Antara Pelajar Tingkatan Enam Atas Sesi 2011

TARIKH :

SLOGAN : Majulah sukan untuk semua.

1.0 Pendahuluan

Saya selaku pengarah dalam kejohanan pertandingan futsal antara pelajar tingkatan enam atas sesi 2011 ingin menjalankan kejohanan tersebut dengan pemberian hadiah/hamper kepada para pelajar/peseta yang terlibat secara langsung kerana kami menganggap ini sebagai satu tanggungjawab sosial sebagai pelajar dan penganjur.

2.0 Objektif

2.1 Mengeratkan hubungan antara sesama para pelajar tingkatan enam atas.

2.2 Memberi peluang kepada pelajar memperoleh 10% markah kokurikulum yang diguna pakai untuk kemasukan ke IPTA.

2.3 Mewujukan suasana yang ceria kehidupan di tingkatan enam.

2.4 Menyihatkan tubuh badan melalui sukan futsal.

2.5 Memberi kesedaran tentang kepentingan semangat kerjasama secara berpasukan.

3.Skop Pertandingan Futsal

3.1 Sistem dan format pertandingan Futsal

- Pertandingan dijalankan dalam format permainan ´futsal padang’

- Pertandingan akan dijalankan dalam sistem permainan liga berkumpulan dan peringkat kalah-mati (Separuh Liga)

- 5 pemain utama dan 3 pemain simpanan untuk satu pasukan bertanding

3.2 Penyertaan Pasukan

- Wajib kepada seluruh pelajar tingkatan enam atas sesi 2011.

- Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan seramai orang pemain untuk satu pasukan (5 pemain utama dan pemain simpanan)

- Hanya pelajar tingkatan enam atas sesi 2011 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini . Bukan warga tingkatan enam atas sesi 2011 tidak dibenarkan sama sekali untuk turut serta dalam pertandingan ini.

- Terbuka kepada semua pelajar-pelajar dan kakitangan IPGMPP. Keutamaan akan

3.3 Peraturan Pengadilan

- Pertandingan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan

dan peraturan permainan adalah tertakluk kepada persetujuan jawatankuasa itu sendiri.

- Pengadilan dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pasukan yang

bertanding.

- Taklimat permainan dan pertandingan akan diberikan sehari sebelum pertandingan berlangsung iaitu semasa undian pasukan bertanding dibuat.

- Setiap keputusan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Induk

4.0 Anjuran

Persatuan Permainan Futsal Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia

5.0 Lokasi Cadangan

Blok

6.0 Tarikh Perlaksanaan

7.0 Struktur Organisasi

Pengarah :

Naib Pengarah :

Setiausaha :

Bendahari :

Persiapan tempat :

Peralatan :

Pengadilan :

Aturcara :

Hadiah/Sumbangan :

Dokumentasi/jurugambar:

8.0 Tentatif Program

8:00 pagi Berkumpul di

8:15 pagi

8:20 pagi

8:25 pagi Taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan

10:00 pagi REHAT

10:45 pagi Aktiviti diteruskan lagi

11:45 pagi Berkumpul dan menyimpan alatan

12:00 tengahari BERSURAI

9.0 Anggaran Perbelanjaan

PENDAPATAN

Bil.

Butiran

Jumlah RM

1.

JUMLAH

PERBELANJAAN

Bil.

Butiran

Jumlah RM

1.

JUMLAH

10.0 Penutup

Pertandingan futsal yang akan diadakan pada kali ini diharap dapat memberikan manfaat kepada
semua yang terlibat dalam penganjuran dan memberikan impak yang baik kepada pembangunan
permainan bolasepak pada tahun-tahun akan datang.Usaha-usaha dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini diharap dapat menjadikan program ini antara program terbaik yang pernah dianjurkan oleh Majlis Pelajar Pra Universiti (MPPU). Jawatankuasa pertandingan ini akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi melancarkan program ini. Kami juga berharap supaya program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Akhir kata semoga pertandingan ini mendapat restu dari Allah S.W.T dan program ini dipelihara olehNya dari awal hingga ke akhir perjalanan program ini.

Wednesday, February 2, 2011

Latihan Cuti Tahun Baru Cina 2011

BAB 3 : Fungsi Perniagaan (Pemasaran)

BAHAGIAN (A)

1 a) Jelaskan maksud pemetakan pasaran. (2)
b) Huraikan tiga faktor yang boleh mempengaruhi pemetakan pasaran (3)
c) Senaraikan enam ciri demografi yang biasa digunakan di Malaysia dalam proses pemetakan pasaran. (3)
d) Senaraikan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna. (3)
e) Nyatakan empat elemen campuran pemasaran. (2)
f) Apakah yang dimaksudkan dengan barisan produk ? (2)
g) Nyatakan empat elemen dalam keputusan campuran produk. (2)
h) Terangkan dua jenis konflik saluran agihan yang berlaku. (3)
i) Berikan maksud pengurusan logistik. (2)
j) Senaraikan tiga fungsi pemborong dalam perniagaan. (3)

BAHAGIAN (B)

2 a) Huraikan lima peringkat penyelidikan pemasaran. (16)
b) Huraikan empat aspek dalam keputusan pengurusan logistik. (10)

3 a) Huraikan empat peringkat kitaran hayar produk. (16)
b) Huraikan tiga jenis saluran agihan mendatar. (9)



*Semua jawapan ada dinyatakan dalam buku Pengajian Peniagaan 1...crlah sndiri..hahaha..SLAMAT MENJAWAB!!!

Thursday, September 16, 2010

Kerja Rumah Aidilfitri (Bahasa Melayu)

Perdana menteri yang ke-6,iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaungkan slogan 1malysia..beliau berharap agar slogan ini menjadi amalan seluruh rakyat malaysia....pada pndpt anda,apakah faedh pengamalan slogan tersebut dan bgaimankah slogan tersebut dpt direalisasikan???

Monday, September 13, 2010

Kerja Rumah Aidilfitri (Pengajian Am)

KERJA AIDIL FITRI

LARAS SASTERA:

2. Kaum wanita berkerjaya mampu membantu membangunkan negara dalam pelbagai bidang, walaupun pada hakikatnya mereka juga menghadapi krisis dwikerjaya yang menyumbang kepada beberapa masalah sosial. Bincangkan.
(HARTINI)

3. Pengaruh media bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada wujudnya kegiatan samseng di sekolah. Begitu juga tindakan buang sekolah terhadap pelajar-pelajar yang terbabit dalam kegiatan ini bukanlah merupakan satu jalan penyelesaian yang utama. Bincangkan penyataan di atas.
(IDRIS)

4. Pencemaran sungai yang berlaku di negara kita amat membimbangkan. Keadaan ini akan menimbulkan kesan negatif kepada hidupan dan alam sekitar. OLeh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk mengawal keadaan ini menjadi lebih serius. Huraikan.
(KAMARUZAMAN)

5. Masyarakat masa kini gemar makan makanan segera dan merupakan gaya hidup kebanyakkan orang. Bincangkan faktor dan kesan yang mungkin timbul akibat amalan hidup tersebut.
(SAUDI)

6. Rakyat yang bersatu padu dapat mempercepatkan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai langkah telah dijalankan untuk mewujudkan rakyat yang bersatu padu. Bincangkan.
(SYAFIE)

7. Perusahaan kraftangan tekstil seperti songket dan batil dapat membantu pembangunan negara. Oleh itu, kerajaan dan pihak swasta seharusnya membantu perusahaan ini untuk terus berkembang di dalam dan luar negara. Bincangkan.
(SAPAWI)

8. Kenaikan harga minyak mendorong kepada peningkatan harga barang dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kenaikan ini harus dibendung bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan daripada kenaikan harga bahan api, jelas kan penyataan ini.
(NAZMI)

9. Walaupun beberapa usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menagani kegiatan 'vandalisme', namun masih berlaku peningkatan kes setiap tahun yang melibatkan harta awam dan orang ramai. Bincangkan penyataan di atas.
(YANA)

10. Warisan budaya tempatan amat penting kerana mempunyai nilai budaya yang tinggi. Walaubagaimanapun, unsur ini mula terhakis oleh proses pemodenan dan perlu ditangani segera untuk mengekalkan kepentingan tersebut. Bincangkan.
(HIDAYAH)

11. Perdagangan tanpa sempadan mula menguasai pasaran ekonomi serantau. Firma dan penguasaan tempatan harus bersedia menghadapi pasaran globalisasi yang berkompetitif. Huraikan penyataan ini.
(HAZIRA)

12. Jumlah tanah terbiar di kawasan luar bandar semakin bertambah kerana wujudnya kekurangan tanaga kerja mengusahakan tanah tersebut. Tanah terbiar masih boleh diusahakan dengan cara yang lebih efektif dan terancang. Ulaskan penyataan ini.
(ALWANI)

13. Jenayah bukan indeks seperti rasuah dan pemalsuan kredit berlaku disebabkan budaya hidup materialistik. Oleh itu langkah-langkah berkesan menagani gejala ini hendaklah dilaksanakan. Huraikan penyataan diatas.
(IQHWANI)

14. Kerajaan telah berusaha untuk menigkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dengan cara menswastakan semua perkhidmatan kesihatan. Bincangkan kesan penswastaan perkhidmatan kesihatan.
(HUSNA)

15. Sikap manusia bukanlah punca utama peningkatan kemalangan jalan raya. Langkah kerajaan menaikkan saman kepada pesalah trafik mungkin dapat mengurangkan kemalangan tersebut. Bincangkan.
(SUHAILA)

16. Walaupun sukan dapat memberi manfaat kepada negara, namun pencapaian atlit negara yang masih rendah wajar diberi perhatian semua pihak supaya dapat mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Bincangkan.
(NURIN)

17. Sektor pelancongan merupakan sektor kedua terpenting yang menjadi sumber pendapatan negara. Huraikan manfaat sektor pelancongan dan cadangkan langkah-langkah efektif memajukan sektor tersebut.
(HAFIZAH)

18. Kerajaan memberi tumpuan utama kepada sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun, wujud halangan dalam usaha membangunkan sektor tersebut. Bincangkan penyataan di atas,
(RAFFIKA)

19. Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baru dalam urusniaga tanpa sempadan. Bincangkan kesan yang mungkin timbul ekoran pelaksanaan e-dagang dalam urusniaga melalui sistem elektronik.
(ROZALIA)

20. Walaupun pengurusan sisa buangan terancang memberi manfaat kepada manusia, namun tahap kesedaran masyarakat terhadap guna semula sisa buangan yang rendah menyebabkan pembuangan sisa buangan menimbulkan banyak masalah. Jelaskan.
(SYAFATIN)

LARAS SAINS

1 . Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan kesan negatif. Ulaskan.
(ASMAH)

2. Fenomena pemanasan global yang dihadapi oleh dunia boleh menjejaskan sektor pengeluaran makanan di samping memberi kesan-kesan lain.
Huraikan penyataan di atas?
(SYAZA)

3. Pembuangan sisa perindustrian yang tidak terancang memberi kesan kepada hidupan. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk mengelakkan kesan tersebut. Huraikan.
(ZAINAL)

4. Dalam usaha meningkatkan sumbangan sektor pertanian, industri ternakan telah diberi tumpuan oleh kerajaan. Sains dan teknologi membolehkan membantu meningkatkan industri ini. Ulaskan kenyataan tersebut.
(HAJAR)

Kerja Rumah Aidilfitri (Pengajian Perniagaan)

7) a. Bezakan konsep pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan organisasi.(4 markah)
b. Terangkan faktor-faktor yang menpengaruhi tahap pemusatan dan pemencaran autoriti.(5markah)
c. Huraikan empat kelebihan dan empat kelemahan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan.(16 markah)

8)
a. Berdasarkan carta organisasi, terangkan perbezaan antara struktur organisasi jangkauan kawalan sempit dengan struktur organisasi jangkauan kawalan luas.(10 markah)
b. Jelaskan lima konsep pengorganisasian yang wujud dalam organisasi jangkauan kawalan sempit.(10 markah)
c. Senaraikan lima kelebihan bekerja secara berpasukan.(5 markah)

9)
a. Jelaskan maksud kepimpinan formal dan kepimpinan tidak formal.(3 markah)
b. Huraikan empat perbezaan antara pemimpin formal dan tidak formal.(12 markah)
c. Huraikan lima kepentingan dalam organisasi.(10 markah)

10)
a. Bincangkan perlakuan pekerja mengikut Teori X dan Teori Y.(8 markah)
b. Nyatakan gaya kepimpinan yang sesuai untuk pekerja Teori X dan Teori Y serta
kesesuaian gaya kepimpinan yang anda pilih.(8 markah)
c. Nyatakan maksud kawalan dan huraikan kaedah kawalan.(9 markah)

11)
a. Lakarkan carta Grantt yang menunjukkan empagt aktiviti dan terangkan kegunaan carta Grantt dalam proses perancangan.(10 markah)
b. Berikan tiga kegunaan kebaikan penggunaan carta Grantt dalam proses perancangan.(3markah)
c. Huraikan proses pembinaan pasukan dalam menjalankan aktiviti pemasaran produk kesihatan.(12 markah)

12)
a. Jelaskan maksud faktor hygiene dan faktor motivasi menurut teori dua faktor Herzberg, dan kaitkan faktor-faktor tersebut dengan produktiviti.(16 markah)
b. Jelaskan tiga jenis pampasan yang diberikan oleh pihak majikan kepada pekerja yang bersara atau yang dibersarakan.(9 markah)

13)
a. Syarikat Masa Sdn. Bhd. Merupakan sebuah kilang yang mengeluarkan jam tangan berjenama ‘Watch’. Huraikan langkah- langkah dalam proses pengawalan bagi pengeluaran jam tangan kilang tersebut.(8 markah)
b.Pihak syarikat bercadang menjual jam tangan dengan harga RM120 seunit. Kos berubah ialah 60 peratus daripada harga jualan dan kos tetap adalah sebanyak RM500.00.
i) Hitungkan kuantiti jualan yang menghasilkan peluang modal dan jumlah kos operasi yang terlibat pada kuantiti jualan tersebut.(3 markah)
ii) Jika pihak syarikat meramalkan kuantiti jualan jam tangan dalam sebulan ialah 20 000 unit, hitung dan tentukan sama ada syarikat tersebut mengalami untung atau rugi pada kuantiti jualan tersebut.(3 markah)
iii) Hitung harga jualan seunit jam tangan bagi pengeluaran 20 000 unit jam tangan dalam mencapai titik pulang modal.(3 markah)


soalan disunting oleh : Nazmi Yusof