Monday, September 13, 2010

Kerja Rumah Aidilfitri (Pengajian Perniagaan)

7) a. Bezakan konsep pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan organisasi.(4 markah)
b. Terangkan faktor-faktor yang menpengaruhi tahap pemusatan dan pemencaran autoriti.(5markah)
c. Huraikan empat kelebihan dan empat kelemahan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan.(16 markah)

8)
a. Berdasarkan carta organisasi, terangkan perbezaan antara struktur organisasi jangkauan kawalan sempit dengan struktur organisasi jangkauan kawalan luas.(10 markah)
b. Jelaskan lima konsep pengorganisasian yang wujud dalam organisasi jangkauan kawalan sempit.(10 markah)
c. Senaraikan lima kelebihan bekerja secara berpasukan.(5 markah)

9)
a. Jelaskan maksud kepimpinan formal dan kepimpinan tidak formal.(3 markah)
b. Huraikan empat perbezaan antara pemimpin formal dan tidak formal.(12 markah)
c. Huraikan lima kepentingan dalam organisasi.(10 markah)

10)
a. Bincangkan perlakuan pekerja mengikut Teori X dan Teori Y.(8 markah)
b. Nyatakan gaya kepimpinan yang sesuai untuk pekerja Teori X dan Teori Y serta
kesesuaian gaya kepimpinan yang anda pilih.(8 markah)
c. Nyatakan maksud kawalan dan huraikan kaedah kawalan.(9 markah)

11)
a. Lakarkan carta Grantt yang menunjukkan empagt aktiviti dan terangkan kegunaan carta Grantt dalam proses perancangan.(10 markah)
b. Berikan tiga kegunaan kebaikan penggunaan carta Grantt dalam proses perancangan.(3markah)
c. Huraikan proses pembinaan pasukan dalam menjalankan aktiviti pemasaran produk kesihatan.(12 markah)

12)
a. Jelaskan maksud faktor hygiene dan faktor motivasi menurut teori dua faktor Herzberg, dan kaitkan faktor-faktor tersebut dengan produktiviti.(16 markah)
b. Jelaskan tiga jenis pampasan yang diberikan oleh pihak majikan kepada pekerja yang bersara atau yang dibersarakan.(9 markah)

13)
a. Syarikat Masa Sdn. Bhd. Merupakan sebuah kilang yang mengeluarkan jam tangan berjenama ‘Watch’. Huraikan langkah- langkah dalam proses pengawalan bagi pengeluaran jam tangan kilang tersebut.(8 markah)
b.Pihak syarikat bercadang menjual jam tangan dengan harga RM120 seunit. Kos berubah ialah 60 peratus daripada harga jualan dan kos tetap adalah sebanyak RM500.00.
i) Hitungkan kuantiti jualan yang menghasilkan peluang modal dan jumlah kos operasi yang terlibat pada kuantiti jualan tersebut.(3 markah)
ii) Jika pihak syarikat meramalkan kuantiti jualan jam tangan dalam sebulan ialah 20 000 unit, hitung dan tentukan sama ada syarikat tersebut mengalami untung atau rugi pada kuantiti jualan tersebut.(3 markah)
iii) Hitung harga jualan seunit jam tangan bagi pengeluaran 20 000 unit jam tangan dalam mencapai titik pulang modal.(3 markah)


soalan disunting oleh : Nazmi Yusof

No comments:

Post a Comment