Monday, September 13, 2010

Kerja Rumah Aidilfitri (Pengajian Am)

KERJA AIDIL FITRI

LARAS SASTERA:

2. Kaum wanita berkerjaya mampu membantu membangunkan negara dalam pelbagai bidang, walaupun pada hakikatnya mereka juga menghadapi krisis dwikerjaya yang menyumbang kepada beberapa masalah sosial. Bincangkan.
(HARTINI)

3. Pengaruh media bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada wujudnya kegiatan samseng di sekolah. Begitu juga tindakan buang sekolah terhadap pelajar-pelajar yang terbabit dalam kegiatan ini bukanlah merupakan satu jalan penyelesaian yang utama. Bincangkan penyataan di atas.
(IDRIS)

4. Pencemaran sungai yang berlaku di negara kita amat membimbangkan. Keadaan ini akan menimbulkan kesan negatif kepada hidupan dan alam sekitar. OLeh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk mengawal keadaan ini menjadi lebih serius. Huraikan.
(KAMARUZAMAN)

5. Masyarakat masa kini gemar makan makanan segera dan merupakan gaya hidup kebanyakkan orang. Bincangkan faktor dan kesan yang mungkin timbul akibat amalan hidup tersebut.
(SAUDI)

6. Rakyat yang bersatu padu dapat mempercepatkan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai langkah telah dijalankan untuk mewujudkan rakyat yang bersatu padu. Bincangkan.
(SYAFIE)

7. Perusahaan kraftangan tekstil seperti songket dan batil dapat membantu pembangunan negara. Oleh itu, kerajaan dan pihak swasta seharusnya membantu perusahaan ini untuk terus berkembang di dalam dan luar negara. Bincangkan.
(SAPAWI)

8. Kenaikan harga minyak mendorong kepada peningkatan harga barang dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kenaikan ini harus dibendung bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan daripada kenaikan harga bahan api, jelas kan penyataan ini.
(NAZMI)

9. Walaupun beberapa usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menagani kegiatan 'vandalisme', namun masih berlaku peningkatan kes setiap tahun yang melibatkan harta awam dan orang ramai. Bincangkan penyataan di atas.
(YANA)

10. Warisan budaya tempatan amat penting kerana mempunyai nilai budaya yang tinggi. Walaubagaimanapun, unsur ini mula terhakis oleh proses pemodenan dan perlu ditangani segera untuk mengekalkan kepentingan tersebut. Bincangkan.
(HIDAYAH)

11. Perdagangan tanpa sempadan mula menguasai pasaran ekonomi serantau. Firma dan penguasaan tempatan harus bersedia menghadapi pasaran globalisasi yang berkompetitif. Huraikan penyataan ini.
(HAZIRA)

12. Jumlah tanah terbiar di kawasan luar bandar semakin bertambah kerana wujudnya kekurangan tanaga kerja mengusahakan tanah tersebut. Tanah terbiar masih boleh diusahakan dengan cara yang lebih efektif dan terancang. Ulaskan penyataan ini.
(ALWANI)

13. Jenayah bukan indeks seperti rasuah dan pemalsuan kredit berlaku disebabkan budaya hidup materialistik. Oleh itu langkah-langkah berkesan menagani gejala ini hendaklah dilaksanakan. Huraikan penyataan diatas.
(IQHWANI)

14. Kerajaan telah berusaha untuk menigkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dengan cara menswastakan semua perkhidmatan kesihatan. Bincangkan kesan penswastaan perkhidmatan kesihatan.
(HUSNA)

15. Sikap manusia bukanlah punca utama peningkatan kemalangan jalan raya. Langkah kerajaan menaikkan saman kepada pesalah trafik mungkin dapat mengurangkan kemalangan tersebut. Bincangkan.
(SUHAILA)

16. Walaupun sukan dapat memberi manfaat kepada negara, namun pencapaian atlit negara yang masih rendah wajar diberi perhatian semua pihak supaya dapat mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Bincangkan.
(NURIN)

17. Sektor pelancongan merupakan sektor kedua terpenting yang menjadi sumber pendapatan negara. Huraikan manfaat sektor pelancongan dan cadangkan langkah-langkah efektif memajukan sektor tersebut.
(HAFIZAH)

18. Kerajaan memberi tumpuan utama kepada sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun, wujud halangan dalam usaha membangunkan sektor tersebut. Bincangkan penyataan di atas,
(RAFFIKA)

19. Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baru dalam urusniaga tanpa sempadan. Bincangkan kesan yang mungkin timbul ekoran pelaksanaan e-dagang dalam urusniaga melalui sistem elektronik.
(ROZALIA)

20. Walaupun pengurusan sisa buangan terancang memberi manfaat kepada manusia, namun tahap kesedaran masyarakat terhadap guna semula sisa buangan yang rendah menyebabkan pembuangan sisa buangan menimbulkan banyak masalah. Jelaskan.
(SYAFATIN)

LARAS SAINS

1 . Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan kesan negatif. Ulaskan.
(ASMAH)

2. Fenomena pemanasan global yang dihadapi oleh dunia boleh menjejaskan sektor pengeluaran makanan di samping memberi kesan-kesan lain.
Huraikan penyataan di atas?
(SYAZA)

3. Pembuangan sisa perindustrian yang tidak terancang memberi kesan kepada hidupan. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk mengelakkan kesan tersebut. Huraikan.
(ZAINAL)

4. Dalam usaha meningkatkan sumbangan sektor pertanian, industri ternakan telah diberi tumpuan oleh kerajaan. Sains dan teknologi membolehkan membantu meningkatkan industri ini. Ulaskan kenyataan tersebut.
(HAJAR)

1 comment: